-->
skip to main | skip to sidebar

serius sentap

harinie hari yang paling menakutkan bagi anna. bukan apa harinie result keluar. yelah siapa yang tak berkobarkan nak tunggu result keluar. yelah dari situ mak bapak kita nilai kita nie main- main atau pun tidak kan. tapi mak bapak tak boleh pk cam tu, dia kene tahu jugak kemampuan anak dia tahap mana right. and satu keputusan yang sangat memeranjatkan aku gagal satu subject. dan aku sebenanrnya tak sangka aku boleh gagal subject tu. subject tu mmg susah pun. dia fakta kita kene ingat satu per satu ayat dia.

aku pun sedar aku tak berapa pandai dalam pelajaran sejak dari sekolah lagi. bukan aku main- main, kenyataannya aku lebih suka benda- benda praktical nie. yelah siapa yang tak syg parent right, kita cuba buat ape yang parent kita nak. kita jugak nak wat dia tersenyum. tapi aku tak mampu lah.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

saat- saat paling manis

hello peepss..kalini nak selitkan sikit pasal my life. haritu masa hari raya haji dapat lah ziarah nene and atuk kat penang. dah lme rsenya tak balik ke belah utara sana. yelah parents masing- masing sibuk keje kan anna pun bz je dengan class. bukan ape banyak assment and mini project yang nak kene langsai kan. skang lah bru free sikit so dapat lah melancong ke pulau pinang. actually anna born here, tapi loghat lansung takde.

maybe dah di besar kan kat negeri lain so lebih kepada Negeri Sembilan. so skolah rendah and menengah kat negeri sembilan and sambung blaja kat melaka. eh sory...sory dah jauh sgt melencong nie. berbalik kepada cuti raya haji haritu. ingat kan kat kampung ade family anna je tapi ade jak family yang lain. have fun sangat sebab tak pernah raya ramai- ramai cam nie. one of my spupu dah nak tunang tahniah kak yong. hahah

pastu sempat lagi kita org pergi berjalan together kat penang. for my first time with my cousin. how sweeettt...and anna tak lepas kan peluang untuk picit camera anna untuk rakam saat-saat manis tu

 



lovely cousin
nampak macam nak pg kan padahal tak pun ramai now org
cousin's at batu feringgi
we all's tak lepas kan peluang tau naik fery
sebelum ade yang tertinggal. anna totally suprise sbb shariff family's sambut my birthday. walapun time tu belum birthday anna lagi. serius so teruja. sbb slalu time birthday buat kek sendiri kali nie org beli kan kek. so sweet...anna akan ingat sampai bila- bila...love you all...yang sedihnya malam tu jugak my cousin nak balik KL by the way thank sbb still sambut malam tu walaupun dah nak balik. and to kak yong jumpa kau time tunang nanti ok...


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

adakah sampai sini je kita berkawan

dah lme tak update the real story, tetiba terdetik kat kepala dan hati nie dah sem 6 dah aku dalam diploma pengurusan pelancongan dekat politeknik merlimau melaka. dah jadi senior lah katakan. tapi tak rasa seperti senior. semuanya same sje cuma bezanya adalah angka. tiba2 teringat kawan satu class and satu kos dgn aku, dah macam- macam kita org buat bersama. dekat politeknik merlimau melaka nie kos tourism management ada 2 class (DUP6B) (DUP6A). Walaupun kita org lain- lain class tapi kita orang selalu buat aktiviti bersama.

walaupun kadang- kadang ade salah paham antara kami, tapi kami tetap bersatu dalam mana- mana aktiviti. macam yang aku belajar bila aku dengan diorang, sikap sabar, berkerjasama, dari situ kita tahu setiap org tu tak same perangainya. tapi masing- masing akan bersama bila ada Event.

tapi yang aku nak highlightkan kat sini class (DUP6B) mestilah kelas aku. kelas aku nie macam- macam ragam yang aku jumpa, walaupun kami kadang- kadang tak sependapat. tapi kami akan tetap bersatu dan bekerjasama bila memerlukan kami satu class untuk melalukan sesuatu kerja atau event. nie gamba yang sempat aku picit masa event kita dijalan kan :
tak semua yang ada dalam gambar nie...
LOLIPOP at FRIM
ingat tak kawan- kawan masa kita kat frim
ingat tak kawan masa kita di Homestay Banghuris...
ingat tak masa nie kita menang pameran interpretasi
masa kita berenang kat larkin...seronokkan
ingat tak masa kita wat nasi ambang sama- sama, makan sama- sama...
masing- masing memainkan peranan bila sesuatu tugas yang diberi. sweetnya....mst aku rindu korang nanti bila dah abis DIP. yelah tak semua masih bujang skang nie. dah de 2 org yang kawin. mne nak jge suami mne nak jge keluarga. korang nanti dah abis korang ingat tak kat aku...sedihnya...kalau korang tak ingat aku nanti. nanti kalau dah abis kita wat reunion tau...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

Perangai Perempuan yang Lelaki suka




Perangai Perempuan yang lelaki suka dan sejuk je rasa bila bersama:

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.


2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.


3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.


5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)



6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.


7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.


8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

14 Tips Mencari Isteri Cantik

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya
 
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna.



Lakukan Risikan Secara Rahsia
 
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.



Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
 
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.


 

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
 
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.



Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
 
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.


 
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
 
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.



Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

 


Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
 
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
 

  
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
 
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!



Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.



Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.



Elakkan Dari Terlalu Cemburu
 
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.



Layan Dia Dengan Baik
 
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.



Bertanggungjawab
 
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

Jangan buat Semasa Tidur...ingat tau!!!

 

Jangan memakai jam tangan ketika tidur.


Mungkin ada di antara korang yang terlupa untuk membuka jam tangan yang korang pakai sebelum tidur. Sebenarnya jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan anda.

Jangan tidur dengan handphone di sisi anda


Para saintis percaya bahawa, jika kita meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur, ia akan mengeluarkan sejenis gelombang yang boleh membahayakan kesihatan anda. Walaupun ada yang berbuat demikian kerana untuk dijadikan sebagai alat penggera. Kalau boleh elakkan.
 

Jangan tidur dengan muka yang bermekap.

Jika anda tidur dengan muka yang bermekap, ia sebenarnya mendatangkan kesan dalam kualiti tidur anda kerana, muka kita tidak rasa selesa dengan mekap yang belum lagi tertanggal. Selain daripada itu, ia juga menghalang kulit muka anda untuk bernafas dan mendapatkan pengaliran udara yang sepatutnya ketika tidur. Oleh itu, tanggalkan mekap sebelum tidur.

Jangan tidur dengan memakai coli.

Hal ini juga penting kerana pakar kesihatan di luar negara mengesahkan bahawa mana-mana wanita yang memakai coli ketika tidur berisiko tinggi untuk menghidap kanser payudara. Memakai coli lebih dari 12 jam juga tidak baik untuk kesihatan wanita.

Jangan tidur dengan memakai seluar dalam.

Ini untuk kaum lelaki khususnya. Pakailah seluar yang longgar dan tidak terlalu ketat semasa tidur.

Jangan tidur tanpa seurat benang.


Ia juga mengelakkan diri kita daripada tercedera ketika tidur bagi yang agresif cara tidurnya. Selain itu, ia juga sebagai persediaan untuk menghadapi kecemasan.

Jangan lupa sebelum tidur berwuduk, membaca doa tidur, agar tiada gangguan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

anna amad

anna amad
My photo
anna amad
life more colorful when we cry,smile,laugh with person we love
View my complete profile

klu tak ske boleh pause

Followers

FoLlOw YoUr HeArT

Blog Archive

  • ►  2013 (7)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (9)
    • ▼  December (6)
      • serius sentap
      • saat- saat paling manis
      • adakah sampai sini je kita berkawan
      • Perangai Perempuan yang Lelaki suka
      • 14 Tips Mencari Isteri Cantik
      • Jangan buat Semasa Tidur...ingat tau!!!
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
Powered by Blogger.
 




Hello Kitty Touching Lip), url(Hello Kitty Touching Lip), auto;}