-->
skip to main | skip to sidebar

puisi nukilan Ana Hawana

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

3 tahun sudah belalu

lama rasanya tak update, bukan ape buzy sikit dengan study and final project, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, final project pun ok. final project menempatkan kita org satu kumpulan dapat pingat gangsa. nie semua atas usaha satu kumpulan bersusah payah dalam menjaya kan final project kita orang nie.  memang mengorbankan segala-galanya time buat final project nie. memang nak menangis ade, nak marah pun ada, memang mencabar sangat.


Huh...rindu sebenarnya kat kawan-kawan politeknik. walaupun banyak dugaan dan rintangan yang perlu kita tempuh sama-sama. tapi kawan jugak lah yang kadang-kadang membantu selain lecture and ibu bapa kan... harinie dah nak masuk seminggu habis belajar... habis sudah bergelar seorang pelajar politeknik selama 3 tahun. skang nie menunggu keputusan keluar and time konvo jelah. tarikhnya pun tak dikenal pasti lagi...

dalam kesempatan nie, nak ucap lah jugak selamat hari guru kepada semua guru yang pernah mengajar saya, walaupun saya nie agak kedegilan dan susah nak paham, tapi cikgu tetap jugak ajar. thank alot to cikgu...klu de gamba cikgu sye dah letak dah dalam blog saya nie. tak pe lain kali kita uplode tahun depan pulak ok tunggu hari guru tahun depan

selamat hari guru cikgu...jasa cikgu akan dikenang sampai bila-bila
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

CERITA:KAWANKU TERINGIN MAKAN SATAY

nick :bau satay lah...alah tapi kedai tutup pulakanna : nie nick kedai yang nick cakap tu bukak(eyqin pun memberhentikan kereta agak2 tengah2 jalan jugak lah kempunan nak makan satay punya pasal)


eyqin: nak bape cucuk nie? nick nak berapa cucuk?nick: nick sorang nak 15 cucukeyqin : anna?anna: a'a boleh jugak 15 cucuk....(eyqin pun keluar dari kereta)


10minit kemudian


anna: kau beli berapa cucuk?eyqin : aku beli 40 cucuk....anna :kenapa beli banyak sangat sampai 40 cucuk...tadi bukan nick kata 15 cucuk keeyqin : tadi nick cakap dia sorang je 15 cucuk..kau pulak aku tanya 15 cucuk kau kata a'a. aku pun pikir kalau nick 15 anna 15. Abistu aku nak makan apa. so aku cakap lah kat pakcik tu satay 40 cucuk.


(sbnrnya kat sinie dah salah anggap sepatutnya 15 cucuk tu dah kira untuk 3 org. tapi eyqin kira 15 tu untuk sorang.) so masing2 macam masuk pertandingan makan satay.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

menarik at penang

anna balik kampung haritu just nak melawat nenek. sambil tu makan anginlah katakan, orang kata sambil menyelam minum airnya. Haritu masa cuti raya cina 2 minggukan, tiba- tiba tengok cerita galaxy wonderland yang diacarakan sendiri oleh Yuna Zarai. Menbuatkan rancangan tu menarik is like about tourism, like vacation or something yang memperkenalkan tempat- tempat yang menarik yang terdapat kat malaysia. dari situ that anna tahu yang ade tempat baru yang menarik perlu anna pergi.

Tempat tu memang awsome pada sesiapa yang suka bergambar or ambil gamba totally sesuai dengan korang. Ade lukisan yang berunsurkan besi and lukisan yang di lukis pada dinding- dinding bangunan. ade kata2 di setiap yang gambar yang berunsurkan besi tu. anna rasa sangat kreatif untuk tarik pelancong luar untuk datang ke penang. sekali imbas nampak mcm real je. nie je yang sempat anna jelajah and cari gamba yang anna jumpa sbnrnya byk lagi yang anna tak jumpa.



hope korang semua dapat jumpa yang selebihnya ok... GONG XI FA CHAI

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

teringin durian crep

haritu anna balik kampung penang, pastu tak terpikirlah yang akan terjumpa dgn durian creep nie. pastu ade satu hari tu pegi Jasco yang kedua terbesar kat penang masa tu pun pergi jalan- jalan bawak spupu tak pun terpikir akan terjumpa dengan durian creep. dalam satu stall yang kecik dia sebenanrnya kedai tu jual candy and coklet mountain. teringin punya pasal anna terus serbu kedai tu semata-mata nak beli durian creep. durian creep nie dia jual 6 biji RM12. agak tak berbalui jugak lah. tapi nak rasa punya pasal beli jugak. sedappppppppppp...wajib try ok kepada sesiapa yang belum try lagi tu...



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

cover broadband comey

yelah biasalah petang- petang nie tak tahu nak wat ape. alang- alang nak jadi kreatif tu bialah mencetuskan sesuatu yang sangat menarikkan dan harinie anna dah siapkan 2 sarung untuk broadband...bosan dan takde kerja lah orang kata...satu untuk my roomate satu for my friend. my friend dah lama minta sarung nie tapi bru harinie dapat siapkan untuk dia nielah hasihnya...



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

!!! Gambaran Hari Kiamat!!!

Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Posted by anna amad 0 comments

anna amad

anna amad
My photo
anna amad
life more colorful when we cry,smile,laugh with person we love
View my complete profile

klu tak ske boleh pause

Followers

FoLlOw YoUr HeArT

Blog Archive

  • ▼  2013 (7)
    • ▼  July (1)
      • puisi nukilan Ana Hawana
    • ►  May (1)
      • 3 tahun sudah belalu
    • ►  February (3)
      • CERITA:KAWANKU TERINGIN MAKAN SATAY
      • menarik at penang
      • teringin durian crep
    • ►  January (2)
      • cover broadband comey
      • !!! Gambaran Hari Kiamat!!!
  • ►  2012 (9)
    • ►  December (6)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
Powered by Blogger.
 




Hello Kitty Touching Lip), url(Hello Kitty Touching Lip), auto;}